Sunday, 18 September 2011

Permainan Kanak-Kanak


Pengenalan
Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah untuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan/ kawasan.
Permainan merupakan salah satu alat pengukuhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Permainan mampu mewujudkan suatu suasana yang dapat merangsangkan pembelajaran atau penguasaan sesuatu kemahiran.
Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori sasaran Dalam permainan sasaran, pemain skor akan menyasar target untuk mendapatkan markah dalam permainan.  Beberapa contoh adalah seperti berikut: bowling, golf, petanque.Nama permainan ini ialah Hungry Cone.
Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan efektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

 Tajuk
Hungry Cone
 Matlamat
Berkongsi idea dan pengetahuan mengenai permainan kanak-kanak dalam kategori sasaran dengan para pendidik, ibu bapa, pelatih-pelatih dan lain-lain lagi. Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah unutuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas.
Objektif
  1. Berkongsi idea dan memperkenalkan permainan ini kepada kumpulan targetnya yang tersendiri.
  2. Blog digunakan sebagai medium komunikasi untuk mengumpul idea baru bagi memajukan permainan asal.
  3.  Membantu murid-murid mencapai perkembangan yang menyeluruh dari pelbagai aspek.
  4. Terdedah kepada idea menghasilkan kertas kerja untuk mengelola permainan kecil atau pertandingan.
  5. Belajar merekacipta permainan kecil yang sesuai kepada sasaran berdasarkan kategori permainan.
Panduan Pelaksanaan Permainan
   1. Senarai jenis alatan ( sertakan gambar)
Skitel, gelang, getah, tape
Gambar 1

Gambar
    2. Prosedur perlaksanaan permainan mengikut kategori yang dipilih.
-  Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang.
-  Murid perlu beratur dalam barisan dan bersiap sedia di garisan permulaan.
-  Permainan bermula dengan peserta pertama berlari ke garisan lantaran.
-  Peserta tersebut perlu mendapatkan gelung dan melontar ke skitel sasaran. 
-  Permainan diteruskan sehingga gelung habis. 
-  Kumpulan yang mendapat markah yang tertinggal dikira pemenang

  3. Pelan kedudukan pelaksanaan permainan

      4.     Peraturan dan syarat- syarat permainan
-        Peserta tidak boleh merentasi garisan yang ditetapkan.
-         Hanya seorang peserta daripada kumpulan boleh keluar daripada rumah pada   masa yang sama.
-         Peserta tidak boleh merentasi garisan lantaran apabila melontar gelung.
-         Peserta hanya boleh mendapat satu gelung pada masa yang sama
-         Markah skitel :Merah = 100, Biru   =50, Hijau = 30 dan Kuning = 10
-         Peserta yang melontar gelung ke taman kumpulan lain, markah akan diberi kepada kumpulan lain.
5 Video Permainan Hungry Cone


 
Rumusan

         Melalui penghasilan projek ini, kami telah belajar tentang beberapa kefahaman dan kemahiran baru. Kami telah belajar untuk mereka cipta permainan baru yang berkategori sasaran. Setelah menyiapkan blog ini, kami dapat membezakan kategori sasaran dengan kategori yang lain dalam permainan kanak-kanak. Selain itu, dalam perancangan permainan ini, kami juga telah mengambil kira beberapa aspek iaitu dari segi keselamatan, alatan yang sedia ada, kawasan bermain, bilangan pemain, dan lain-lain lagi.
Kami juga telah menggunakan kemahiran ICT untuk menghasilkan blog ini. Sebelum ini, kami tidak mempunyai pengalaman untuk menghasilkan blog. Kami telah belajar bagaimana untuk memaparkan video dan gambar permainan kami dalam blog ini.
Melalui kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi, kami dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kami. Melalui penghasilan blog ini, kami mendapati bahawa blog boleh digunakan sebagai alat komunikasi bagi menambah pengetahuan tentang permainan kanak-kanak.

        Melalui permainan kanak-kanak “Hungry Cone” ini, murid-murid dapat belajar beberapa kemahiran asas bagi permainan ini. Antara kemahiran asas yang dapat diterapkan kepada murid-murid ialah:

1. Kemahiran menyasar
2. Kemahiran membaling
3. Kemahiran berlari

         Melalui penerapan ini, murid-murid dapat menggunakan kemahiran asas yang dipelajari dalam permainan Hungry Cone.

        Selain itu, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga memberi peluang kepada pelajar bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekali gus membantu mereka mahir dalam kemahiran tersebut.

          Permainan ini juga memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka sendiri. Oleh sebab yang demikian, murid-murid akan menjadi seronok ketika bermain dan sekali gus membantu mereka untuk menguasai keamahiran asas yang ingin diajar.

         Selain itu, melaui permainan “Hungry Cone” ini juga dapat meningkatkan tumpuan murid-murid. Hal ini kerana murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian mereka sewaktu bermain untuk menyambut hantaran daripada pihak lawan. Hal ini sekali gus dapat membantu murid-murid untuk memberi sepenuh tumpuan mereka sewaktu berada di dalam kelas.

         Secara keseluruhannya, permainan kanak-kanak “Hungry Cone” bukan sahaja dapat menjadikan belajar lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.
 
Senarai Semak Pelaksanaan Permainan
 
Sebelum

BIL
SENARAI SEMAK SEBELUM PELAKSANAAN PERMAINAN
1
Mengadakan perbincangan dengan semua ahli kumpulan
2
Membahagikan pemain kepada beberapa kumpulan
3
Mencatat bilangan alat yang digunakan
4
Menyemak alat

Semasa

BIL
SENARAI SEMAK SEMASA PELAKSANAAN PERMAINAN
1
Memastikan keadaan kesihatan pelajar
2
Memastikan pakaian pelajar adalah sesuai
3
Memastikan pelajar berada di tempat yang selesa
4
Memastikan pelajar memanaskan badan dengan cara yang betul
5
Mengambil kehadiran pelajar
6
Memastikan keadaan disiplin pelajar terkawal
7
Kemudahan peti pertolongan cemas disediakan
8
Memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan
9
Memastikan bahawa guru menjalankan demontrasi permainan
10
Memastikan keadaan gelanggang selamat
11
Menyusun alat mengikut pelan

Selepas

BIL
SENARAI SEMAK SELEPAS PELAKSANAAN PERMAINAN
1
Post Mortem
2
Mengemas kawasan gelanggang
3
Menyimpan semula alatan yang digunakan
4
Membuat refleksi terhadap perlaksanaan permainan

1 comment: